Friday 25 November 2011

Welcome....


Terima Kasih.. Selamat  Datang..

Saya bertugas di IPG KKB, sebagai Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan kini sedang mengikuti program pengajian Sarjana Pendidikan Biologi di UPSI , untuk makluman rakan semua penyediaan Blog ini adalah bagi memenuhi kursus SBP6024 - 'Technology and Innovation in Teaching and Learning Biology' di bawah seliaan Dr. Sadiah.

Sedikit tentang latarbelakang saya, memiliki Ijazah Sarjana muda Hortikultur dan Diploma Pertanian dari UPM pada 1993 dan 1997 kemudia mengikuti Program KPLI pada 1999/2000 di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan setelah penat bertugas di Sektor Swasta hampir 3 tahun. Saya memulakan kerjaya sebagai guru di SMK. Spaoh, Betong Sarawak dan pada pertengahan 2004 saya ditukarkan ke SMK Bachok, Kelantan . Pada 16 Januari 2008 saya telah diterima untuk bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu hinggalah sekarang.

Di sini, saya mengambil peluang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr. Sadiah kerana  tanpa kursus ini tidak mungkin saya dapat menyiapkan Blog disebabkan  kesibukkan dan jadual kerja yang agak padat,dengan panduan dan tunjuk ajarnya dapatlah saya menyediakan Blog ini, begitu juga dengan penggunaan Picasa, SmartBoard dan LectureMaker yang sememangnya amat berfaedah dan akan saya gunakan nanti bila mengajar bakal-bakal guru di IPG KKB.InsyaAllah.